LIHATLAH BINTANG/LIHATLAH BULAN/TATKALA KU SENDIRI/TEMANILAH AKU

Thursday, December 1, 2011

::> Ini lah Aku <::


:::> Aku tidak pernah memilih mu untuk ku, tapi ALLAH yang memilih mu untuk ku..


:::> Aku tidak pernah mengharap mencintai mu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk 
mencintai mu...


:::> Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingi mu, tapi ALLAH yang telah menunjukkan jalan 
hidupku untuk mendampingi mu..


:::> Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu..

Tapi ALLAH yg telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atas mu..


:::> Itulah, aku adanya..

Tidak pernah ku rasa untuk mengatur hatiku sendiri..
Kerana sang PEMILIKKU yg telah mengatur ku dan menentukan bagaimana aku dan apa yang ku rasakan di saat ini..





Thursday, November 3, 2011




Ya Allah..
Seandainya dia diciptakan menjadi milikku..
Baik untuk ku, duniaku dan akhiratku..
Maka satukan lah kami dalam ikatan tali p'nikahan..



Tetapi ya Allah..
Seandainya dia bukan milikku..
Tidak baik untuk ku, duniaku dan akhiratku..
Maka pisahkan lah kami..

Dan hubungkan lah kami sebagai saudara dalam ikatan agama..




** Raja Idris Kesepian

Saturday, October 15, 2011

Kau lah sahabat..




Sabtu, 15 October 2011.

Kawan2 sume ade kat kampus..
Tapi aku masih d meja tempat dimana aku selalu lepak..
Tak ade mood aku nak pegi modul tue..
Dan aku sememangnye tak penah pegi pon sejak aku berada di bandar Shah Alam nie..^.^

Hmm..
Minggu lepas, 7 October..
Mase time class MAT530(10.30-12.30pm) yang agak bosan, aku saje usha fb kat hp..
Tengah dok main2, aku dapat tau sorang daripada kwn fb aku meninggal dunia..

Pehh, tekejot aku..
Tak tau nak cakap camne..

Arwah tue aku kenal time kitorang kat UiTM Jengka lagi..
Tapi dye senior atas 1sem dari aku..
Time degree nie, dia amek pure math..
1 Fac. dengan aku..

Arwah baik serta lembut orangnye..
Tak sangka, tibe2 je dia meninggalkan dunia nie saat umur masih diusia muda..

Di khabarkan, arwah meninggal akibat jangkitan kuman dalam darah..
Arwah sakit selama tiga bulan, tapi dye tak nak sape2 pun cerita kat kawan2 yang dye sakit..
Dalam penderitaan tue, arwah susah untuk makan sebab ade effect kat tekak..
Di hospital jam 5.30pagi..
Jasadnya menghembuskan nafas yang terakhir kalinya..=_=
(sumber dari abang arwah)

Aku masih ingat kite men game same2 kat fb jaei!!!!
Sekelip mate jew ko tinggalkan aku..??
Tapi Allah lagi sayangkan ko..
Di saat engkau dihisab, kami masih lagi diuji..(.-_-.)
Aku sedekahkan kau Al-fathihah..






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Saturday, October 8, 2011


Mungkinkah ada ESOK untuk ku ukirkan KALIMAH..
Menjadi ARCA pembuktian pengabdian CINTA..
Gerimis menitis gugur membasahi bumi bagai menangisi sebuah cerita HATI..
ANDAI ini takdir kita, izinkan aku mengecewakanmu di DUNIA, agar kau TIDAK kecewa keranaku di AKHIRAT sana.

Saturday, September 17, 2011

Sudah tiba masanya..(.-_-.)


Salam..

Hmm..
Tau tak sekarang nie da pukol bape?
Ok, sekarang da pukol 5.27am..
Tapi aku still tak boleh tido lagi..

Detik demi detik meninggalkan aku sendiri di atas tanah illahi nie..
Tapi kali nie tak macam hari biase..
Hari nie adalah hari penentuan antara aku dengan kamu..

Aduh!!
Nape?

Nak dibiarkan, ia b'legar2 kat kotak fikiran aku nie..
Tapi kalo nak di layan perasaan nie, ianya tetap akan  aku lalui..

Tinggal beberape jam jew lagi..
Tolong lah p'mudahkan p'jalanan hamba-Mu ini, ya Allah..

Aku tak menunggu..
Malah aku paling takot bila tibe 'hari' nie..

Mintak2 sumenye b'jalan dengan lancar..





Ahhhh, biar lah!!
da xlame da pon, aku akan temui waktu itu..
fullstop






Tuesday, May 17, 2011

Dengan Apa Harus Ku Katakan Lagi?


Andai sahaja manusia tahu betapa seksanya dibakar di dalam api, maka mereka akan cuba menyelamatkan diri dari dibakar.. 
Lihatlah gambar di atas, hayatilah betapa sakitnya dibakar dengan api.. 
Ia hanya api dunia yang tidaklah sepanas mana.. 

Lihatlah ada orang menghulur tangan, mereka cuba bantu kita dari dibakar api, mereka itulah orang yang menasihati ke arah kebaikan..
Mereka bukan cemburu, bukan menyibuk hal orang lain, tapi mereka tak mahu kamu dibakar sebegitu rupa.. 
Tahu kan api neraka tu 70 kali ganda lebih panas dari api yang terpanas di dunia?

Jadi mengapa kita masih lagi tidak mahu solat? 
Tidak mahu tutup aurat?
Tidak mahu berbuat baik? 
Tidak mahu mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangan Allah? 
Iblis itu dari api kejadiannya, dan ia akan kembali kepada api neraka, tapi dia akan membawa kita semua, umat manusia menemaninya di sana.. 

Apakah kamu semua sanggup menerima pelawaan tidak rasmi dari iblis?

Sedarlah wahai saudara seagamaku.. 
Dibakar dengan api dunia itu sangat sakit, kamu boleh cuba sendiri jika ingin merasainya.. 
Tinggalkanlah segala kejahilan dan kemungkaran yang telah kita lakukan.. 
Berubahlah dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik mulai saat ini.. 
Jangan tundakan masa lagi.. 
Maut itu tidak menanti kita langsung, walau sesaat..
Jadi takkan kita mahu bertaubat setelah maut menghampiri?

Fikirlah dengan pandangan yang jauh, bahawa dunia ini sekejap sahaja kita duduki dan rasai nikmat, tapi akhirat itu kekal selamanya..
Wahai saudaraku, ajaklah keluargamu, sahabat2mu, jiran2mu, dan sesiapa sahaja yang seagama dengan kita, ajaklah mereka ke arah kebaikan.. 

Sama2 main peranan untuk menegur dan mengelakkan dosa yang dibuat.. 
Moga dengan usaha kita menegur dan cuba memperbetulkan mereka yg jahil dan lalai itu, Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.. 

Mula dari sekarang, pergilah di pasar, shopping kompleks, bandar2, kampung2, dan di mana jua, tegurlah jika mereka tidak menutup aurat, tegurlah jika mereka tak solat, tegurlah jika mereka berdua2an berpegangan bukan mahram, tegurlah jika mereka berbuat jahat dan bermaksiat pada Allah, tegurlah wahai sahabatku..

Janganlah kita mengambil sikap membiarkan saudara2 kita membuat maksiat, janganlah takut untuk menegur mereka, sayangilah mereka kerana Allah, sayangi mereka dengan menegur mereka supaya mereka tidak dibakar.. 

Cubalah dan mulakan dengan ahli keluarga..
Jangan takut pada masyarakat, kita memegang amanah Allah, membawa pesanan Allah untuk mereka, ia satu jihad juga.. 

Tolonglah wahai saudaraku, kita mulakan.. 
Jangan biarkan saudara islam kita dirosakkan sewenang2nya oleh yahudi dan nasrani atau org2 barat..

Kepada pemimpin, hentikanlah membiarkan arak berleluasa, hentikan kezaliman terhadap rakyat, hentikan dan tutuplah pusat hiburan, jalankanlah undang2 islam..
Hentikanlah ribda dan rasuah.. 

Nanti kamu akan disoal di hari akhirat di hadapan semua orang, apakah kamu sanggup menanggung dosa sebesar alam ini dari setiap manusia yang menjadi mangsa kerosakan yang telah dilakukan? bangkitlah wahai pejuang2 islam..

Bangkitlah wahai tentera islam.. 
Bangkitlah wahai manusia yang mengaku Allah tuhan kamu dan Muhammad rasul kamu.. 
Bangkitlah, Allahuakbar!!!

::[Syahirul]::

Monday, May 9, 2011

Semuanya Kerna Terpaksa.. Maafkan Aku Kawan..
Walaupon Engkau xmengerti tentang itu, tetapi cuba fahami aku sebagai kawan.. (-_-)">

Sunday, May 8, 2011

::[ saya SAYANG MAK saya ]::

Anakku..
Jika ibu d beri pilihan samada ibu mahu berbadan langsing atau berbadan besar d sbabkan  mengandungkan mu,
Maka ibu akan memilih mengandungkan mu..

Kerana dalam mengandungkan mu itu, ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah..

Sembilan bulan nak..~
Engkau hidup di perut ibu,
Engkau ikut kemanapun ibu pergi,
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata..

Anakku..
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus mengejar ape yg ibu impikan, atau ibu harus berjuang melahirkan mu,
Maka ibu memilih berjuang melahirkan mu,
Kerana menunggu dari hari ke hari, detik ke detik kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu penantian memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak kan mampu ibu ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia saat itulah..
Saat paling membahagiakan..
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat Syahadah kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu..

Anakku..
Bila ibu boleh memilih apakah ibu ingin merasa rehat,
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan2 dan tegukan2 yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang tak boleh d rasakan oleh orang lain

Anakku..
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang yg empuk
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku..
Hidup memang pilihan..
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak..

Maafkan ibu..
Maafkan ibu..
Maafkan ibu..

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak..
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu

Percayalah nak..
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

::[ PeNGuKir KaTA ]::

Thursday, April 14, 2011

‎.:: ASAL USUL SOLAT ::.



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.


Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. 


Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah
Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. 

Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah
Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. 



Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah
Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. 

Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. 


Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah
Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. 



Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah
Nabi Musa a.s.. 

Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. 
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Wednesday, April 13, 2011

Akhirnya Sempurna..


Salam..
Emm, akhirnye dapat jugak aku hirup udara di alam nie dengan normal tanpe paksaan..(^^,)
Sebelom nie, aku tersangat2 lelah melayan buku2(poyo jek budak nie!!)..hee


Mane xnye..
Jumaat lepas aku ade test arab(ngapal).. 
Sabtu shooting utk arab(ngapal)..
Ahad test MAT571(real analysis, paham+ngapal )..
Isnin presentation BEL492(ngapal)..
Selase test ITS462(paham+ngapal)..


TERBAYYEK X??!!


Sumenye bersamaan 5HARI straight..


Hahahaaa..
Sebelom aku tempoh sume ari2 nie, xyah cakap banyak la kan??
Sampai kan room-mate aku pon sound, "ko nak score 100% ke test nie?"


Hahaaa, bangkai btol soalan 2!!
Aku bukan ape..
Siyes, aku da banyak ketinggalan dari dak2 class aku yang lain..
Yela, sejak ayah aku meninggal ari 2, aku memang xde pegang buku langSONG!!


So, ari 2 tym tgh2 bosan, aku saje2 la kire pointer aku tok sem nie..
Juz assume jew..
Konon nye, yg mane test1 aku dapat tinggi, result final aku letak la =b+, bla, bla, blaaa..


Tengok2 lepas aku da kire sume, pointer aku =2.++..
(*^&%$^%@#%9)


















WHAT THE FROG??!!!










Tak terkejot plak pakcik aku tym 2 kan..?hehe
Perggg, memang down..
Pas2 aku try mencari konklusi..
Aku cube untuk mencarinye..
Yang mane telah hilang sekian lame..
Aku perlu sesuai kan balik diri dengan soul yang dulu nya ade dipenjuru kamar..


ITU LAH MEJA KU..


Tapi sekarang nie, Alhamdulillah..
Bende yang dulu nye hilang, aku da dapat balik(Yeyyy3~)..
Hati ku berbunge2 cinte..
hi3..


Bile da jumpe, hati sangat senang maaa itu tempoh ali2 benggong..
Sebelum wa tempoh itu ali, wa lase macam, emmm macam mau bunoh dili lorrr..
Ten si on..
Tapi ar, lamai olang kateee.. 
Bukan saye kate..
Olang kate la kan,


"JANGAN BERUNDUR SEBELOM BERTEMPO!! or PANTANG MAUT SEBELOM AJAL!!"


Waa, ini ayat wa pegang lor dalam ati nie..
Lu ale nampak x dalam ati wa nie??(^_^)


N now, tinggal lagi 1 test je yang belom aku tewas kan sebelom melangkah ke alam 
PEPERIKSAAN AKHIR..
Pade budak CS227 sume, gud luck aku ucapkan tok korang k??
Buat yang terbaik..
Tapi ingat, bukan utk sesape..
Tapi untuk YANG MAHA ESA..


Stdy HARD, dun stdy SMART..^_^
Jangan noti2..

Assalamua'laikum..

Sunday, April 3, 2011

------AYAH------

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..
Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".
Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. 
Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..
Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? 
Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. 
Maka kita telah melangar kpercayaan nya...
Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.
Tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..
Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dngan bangga..

♥AYAH



Friday, April 1, 2011

::[ Akulah Sangtawal ]::

Akulah Sangtawal.
Raja Tilam juga namaku,
Empayar Melayur dulunya kekuasaanku,
Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.
Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku

Bapaku bernama Sakranta,
pemerintah Empayar Jawaka,
Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka
Di akhir abad pertama masihi.

Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa
Suwarnabhumi Semenanjung emas) juga jadi sebutannya,
Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku:
Al-Jawiyun nama gelarannya,
Tanah jawi tempat asalnya.
Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.

Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada,
Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi,
Campa,Kemboja dan Samudera - Pasai,
Bersatu di bawah Empayar Chermin.
Yang gah bernama Nusantara.

Inilah silsilah keturunanku:

Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku,
ku beri gelarannya Sultan Jiddah,
Sultan Mahmud shah juga gelarannya.
Langkasuka negaranya.
Bersemayam gagah di Kota Mahligai,
Mengusir jauh Raja Bersiong,
Lalu menakluk Gangga Negara.
Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada,
Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.
Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera,
Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.
Anakku ini katanya mangkat 1362,
Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.
Kalau mangkat dimana makamnya?

Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa
Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,
Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.

Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa
itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,
Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.

Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa
Atau digelar Sultan Baki Syah
Raja Cermin juga gelarannya.
Keturunan kesultanan kelantan dan Champa
adalah darinya.

Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua,
Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,
Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,

Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja
Juga digelar Phya Kurub Mahayana

Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai
Juga digelar Phya Tu NakPa
Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.
Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara,
Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.
Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.

Puteri sulung ku Puteri Urduga,
ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.
Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.
Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh
Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,
mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah
bersamaan 1380 Masihi.

Puteri Sadong anak angkatnya,
Juga ghaib hilang entah dimana.

Puteriku yang kedua Puteri Chendana,
Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir
Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih
atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.
Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?
Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan
Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain
Yang terkumpul padanya dua kekuatan
Kekuatan Rohani dan Fizikal
Yang akan membawa panji hitam dari timur
Panji kebenaran diakhir zaman


Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.
Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,
Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam
Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,
Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.
Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?
Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.


Akulah Sangtawal Sakranta….
Aku kembali mencari negaraku yang hilang.
Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.
Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.
Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran
Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.
Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,
Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil
Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.

Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan
Dari Maharaja gunung dan Sailendra
Mudik kehilir Sungai Mekong
Menjejak Campa dan Gangga Negara
Mencari Sriwijaya dan Mataram
Memburu perlak hingga ke pasai
Dari Pasai Ke Samudera
Lalu ku mengerti
Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana
disebut serambi mekah

Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.
Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.
Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.
Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.

Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,
Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan
Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra
iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra
Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang
Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia
Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.
Aku mencari kitab sejarah melayu itu,
Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah
Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.
Banyak cerita samar di dalamnya,
haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,
Agar cucu cicitku bisa mengerti.

Aku mencari kitab Mahkota raja raja
Yang dikarang indah pembodek negara
Pengkhianat itu bernama Sheikh Nuruddin
Angkara dialah Sheikh Hamzah Fansuri dihina.
Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..
Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya
Masjid Baitulrahman menjadi saksi
Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti
Masjid ini masih megah berdiri
Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.

Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman
Demi kebenaran aku datang,
Demi kebenaran aku berjuang.
Kerana sejarah itu kebenaran zaman
Sejarah ditulis oleh yang menang,
Putih katanya putihlah sejarah,
Hitam katanya hitamlah sejarah.
Agar cucu cicitku keturunanku
tidak menelan mentah cerita lama

agar cucu cicitku mengerti
agar mereka menilai segalanya
dengan akal dan mata hati

Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.
Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,
Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.
Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.
Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .
Mana dia saudagar sejarah,
Mana dia peniaga bangsa.
Mana dia tetamu yang tak diundang
Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota

Telah lupakah dikau asal usulnya dimana
Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas
Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa
Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha
Lalu bertanya erti ketuanan
Siapa itu ketuanan Melayu katanya
Apakah sewaktu datang mu dulu
negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?
sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat
mana ada ketuanan rakyat?
Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah
Namun bila panji kebenaran tertegak
pasti
Cerita dongeng mereka akan berselerak

Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.
Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan
Wasiat Rasul dikeji jangan
Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin
Yang bernama Nusantara.

Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang
Mana dia bangsa jawiku yang terbuang
Mana Empayar melayur yang hilang
Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang
Moga ketemu diakhir zaman
Moga bersatu diakhir zaman
Moga menang keakhir zaman
Bersama kita nantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...