LIHATLAH BINTANG/LIHATLAH BULAN/TATKALA KU SENDIRI/TEMANILAH AKU

Tuesday, May 17, 2011

Dengan Apa Harus Ku Katakan Lagi?


Andai sahaja manusia tahu betapa seksanya dibakar di dalam api, maka mereka akan cuba menyelamatkan diri dari dibakar.. 
Lihatlah gambar di atas, hayatilah betapa sakitnya dibakar dengan api.. 
Ia hanya api dunia yang tidaklah sepanas mana.. 

Lihatlah ada orang menghulur tangan, mereka cuba bantu kita dari dibakar api, mereka itulah orang yang menasihati ke arah kebaikan..
Mereka bukan cemburu, bukan menyibuk hal orang lain, tapi mereka tak mahu kamu dibakar sebegitu rupa.. 
Tahu kan api neraka tu 70 kali ganda lebih panas dari api yang terpanas di dunia?

Jadi mengapa kita masih lagi tidak mahu solat? 
Tidak mahu tutup aurat?
Tidak mahu berbuat baik? 
Tidak mahu mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangan Allah? 
Iblis itu dari api kejadiannya, dan ia akan kembali kepada api neraka, tapi dia akan membawa kita semua, umat manusia menemaninya di sana.. 

Apakah kamu semua sanggup menerima pelawaan tidak rasmi dari iblis?

Sedarlah wahai saudara seagamaku.. 
Dibakar dengan api dunia itu sangat sakit, kamu boleh cuba sendiri jika ingin merasainya.. 
Tinggalkanlah segala kejahilan dan kemungkaran yang telah kita lakukan.. 
Berubahlah dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik mulai saat ini.. 
Jangan tundakan masa lagi.. 
Maut itu tidak menanti kita langsung, walau sesaat..
Jadi takkan kita mahu bertaubat setelah maut menghampiri?

Fikirlah dengan pandangan yang jauh, bahawa dunia ini sekejap sahaja kita duduki dan rasai nikmat, tapi akhirat itu kekal selamanya..
Wahai saudaraku, ajaklah keluargamu, sahabat2mu, jiran2mu, dan sesiapa sahaja yang seagama dengan kita, ajaklah mereka ke arah kebaikan.. 

Sama2 main peranan untuk menegur dan mengelakkan dosa yang dibuat.. 
Moga dengan usaha kita menegur dan cuba memperbetulkan mereka yg jahil dan lalai itu, Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.. 

Mula dari sekarang, pergilah di pasar, shopping kompleks, bandar2, kampung2, dan di mana jua, tegurlah jika mereka tidak menutup aurat, tegurlah jika mereka tak solat, tegurlah jika mereka berdua2an berpegangan bukan mahram, tegurlah jika mereka berbuat jahat dan bermaksiat pada Allah, tegurlah wahai sahabatku..

Janganlah kita mengambil sikap membiarkan saudara2 kita membuat maksiat, janganlah takut untuk menegur mereka, sayangilah mereka kerana Allah, sayangi mereka dengan menegur mereka supaya mereka tidak dibakar.. 

Cubalah dan mulakan dengan ahli keluarga..
Jangan takut pada masyarakat, kita memegang amanah Allah, membawa pesanan Allah untuk mereka, ia satu jihad juga.. 

Tolonglah wahai saudaraku, kita mulakan.. 
Jangan biarkan saudara islam kita dirosakkan sewenang2nya oleh yahudi dan nasrani atau org2 barat..

Kepada pemimpin, hentikanlah membiarkan arak berleluasa, hentikan kezaliman terhadap rakyat, hentikan dan tutuplah pusat hiburan, jalankanlah undang2 islam..
Hentikanlah ribda dan rasuah.. 

Nanti kamu akan disoal di hari akhirat di hadapan semua orang, apakah kamu sanggup menanggung dosa sebesar alam ini dari setiap manusia yang menjadi mangsa kerosakan yang telah dilakukan? bangkitlah wahai pejuang2 islam..

Bangkitlah wahai tentera islam.. 
Bangkitlah wahai manusia yang mengaku Allah tuhan kamu dan Muhammad rasul kamu.. 
Bangkitlah, Allahuakbar!!!

::[Syahirul]::

Monday, May 9, 2011

Semuanya Kerna Terpaksa.. Maafkan Aku Kawan..
Walaupon Engkau xmengerti tentang itu, tetapi cuba fahami aku sebagai kawan.. (-_-)">

Sunday, May 8, 2011

::[ saya SAYANG MAK saya ]::

Anakku..
Jika ibu d beri pilihan samada ibu mahu berbadan langsing atau berbadan besar d sbabkan  mengandungkan mu,
Maka ibu akan memilih mengandungkan mu..

Kerana dalam mengandungkan mu itu, ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah..

Sembilan bulan nak..~
Engkau hidup di perut ibu,
Engkau ikut kemanapun ibu pergi,
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata..

Anakku..
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus mengejar ape yg ibu impikan, atau ibu harus berjuang melahirkan mu,
Maka ibu memilih berjuang melahirkan mu,
Kerana menunggu dari hari ke hari, detik ke detik kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu penantian memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak kan mampu ibu ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia saat itulah..
Saat paling membahagiakan..
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat Syahadah kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu..

Anakku..
Bila ibu boleh memilih apakah ibu ingin merasa rehat,
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan2 dan tegukan2 yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang tak boleh d rasakan oleh orang lain

Anakku..
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang yg empuk
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku..
Hidup memang pilihan..
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak..

Maafkan ibu..
Maafkan ibu..
Maafkan ibu..

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak..
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu

Percayalah nak..
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

::[ PeNGuKir KaTA ]::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...