LIHATLAH BINTANG/LIHATLAH BULAN/TATKALA KU SENDIRI/TEMANILAH AKU

Monday, May 20, 2013

TAHNIAH kawan2.

Assalamualaikum..

Hmm..
Hari ni lepas je solat subuh aku terus mandi..
Mandi awal walaupon xde kelas hari ni..
Sebab hari ni, kawan2 sekelas aku bergelar siswazah..
Aku je terlebih pandai, so grad lambat sikit..
Dan sebab tu la aku mandi awal sebab aku nak jumpa dorang semua..

Hari khamis lepas pon aku jumpa dorang, time dorang amek jubah..
Ikut kan hati tak nak turun sebab segan, tapi ade pihak paksa jugak aku datang..
Boleh pulak dorang ni keluarkan ayat, "cuba ko kenangkan susah senang buat FYP.."
Adoi, terus aku cair..
FYP yang haaahaaahaaa...
Tak pe, aku ok je..
Lagi pon memang dah lama aku tak jumpa dorang semua..
Dan aku lah jadi jurugambar dorang untuk hari tu (rasa macam dipergunakan!! Hee)..

Ini antara  gambar yang aku suka..
Nak ikutkan bersepah.. Hee


 Dae, Roi, Atul, Kecik



Dari tengahari sampai la ke malam aku dok layang kerenah budak2 ni..
Balik rumah rasa nak pengsan, tapi tak pengsan..
Balik rumah, tukar baju, amek kunci kete, g main futsal kat sport planet sec16.. haha

Ok, kembali kita ke cerita pagi tadi..
Lepas je mandi, aku iron baju, siap2 sume...
Memang aku perasan sebelum keluar rumah, awan nampak mendung..

"takde ape2 lah, jak g cerah la tu.."

Tengok2 time otw, amek kau!!
Hujan sudah.. 
Terpaksa la berteduh sebab aku naik motor..
Lame jugak la..

Hujan xsempat benti abes, aku dah sambung perjalanan yang masih bersisa..
Nampak, pengorbanan sahabat kamu ni?? Hee
Keluar rumah kol8, kol10 baru sampai shah alam(lama gila)..
Sampai2, lepak kat D' Kayu pekena teh tarik, ponek eden ni ha..

Pastu lepak ptar1 buat asignment sikit sementara tunggu budak2 ni call..
Dalam sebelas lebih, baru aku dapat panggilan yang mengatakan dorang dah kua dewan..
So lincah la aku keluar dari ptar1 tu sebab motif utama aku untuk hari ni, nak jumpa dengan ipah..
Ipah ni time amek jubah hari khamis lepas dia takde sebab duduk jauh, nuuunnnn di sarawak sane..

Ok, motor dah park hensem2, pastu aku panjat tangga yang dah nak macam tangga kat Batu Caves dah..
Sampai2 je kat atas, terus aku nampak Najwa..
Budak ni tengah sibuk cari bapak dia..
Biasa la, memang ramai la mak bapak yang hadir untuk tengok anak2 mereka konvo ye dok??

Misi diteruskan!! 
Lain yang aku cari, lain yang aku jumpe.. Hee.. 
Boleh pulak jumpa dene, amin, faiz, epul...
Aku tau, aku tak boleh lama dengan budak2 laki ni, sebab aku takut ipah terus caw..
Tak lama dari tu, dalam kebanjiran insan2 terpilih, baru lah aku jumpa dae, kecik, roy, wani, farah, akma, dann atul... ipah mane????

Dan akhirnyeeeee... ipah... Heheheee..

Roi, Aku, Dae, Ipah, Kecik, Atul
Dari kiri atas: Atul, Kemal, Farah, Dae, Kecik, Roi, Tak kenal(Hee)


Dapat jugak aku jumpa budak gendut ni dengan suami tercintanya itu..
Tak de la budak mane pon, dia tua setahun dari aku.. Hee
Dia ni la kawan yang selalu cari gaduh dengan aku..
Kalau nak dibilang penumbuk dia kat badan aku ni, entah berapa ribu.. haha
Sampaikan kami pernah bergaduh sampai tak bertegur selama 2 semester..
Haha, macam budak2!!

Ape lagi, sesi kcik2.. 
Posing sane, posing sini..
Awak dah lencun dah baju ni ha..

Tak pe, suke betul aku dapat bersua dengan kalian semua..
Persahabatan yang disulam selama 3tahun, kejap je rasa..
Macam2 perangai ade..

Apa2 pon, aku ucapkan TAHNIAH buat korang semua..
Teruskan perjalanan hidup yang bakal ditempuh dengan sabar serta gigih dalam menempuh dugaan-Nya..
Aku senantiasa mendoakan yang terbaik buat kawan2 aku..
Ada jodoh, pasti akan bersemuka lagi..
InsyaAllah..(^_^)

Tuesday, April 16, 2013

15/4/2013

Assalamualaikum buat semua..
Hai.. (^_^)

Sekarang jam pc aku menunjukkan 3:34am..
dan aku baru balik dari shah alam dengan ann..
aku g jumpe kordi kat riang2..
amek AC..
xyah tnya AC tu ape ye?

Pastu sebelum balik, kitorang singgah batu muda jap sebab aku ade deal 
dengan fairuz alias nak amek band bezel used dee n ricky dye..
tapi..... 
haha.. 
kena "kacau" sudah b4 jumpe tempat yang kitorang nak cari..
bukan tu yang aku nak sampaikan kat sini sebenarnye..

sini, ceq nak habaq mai..
sebenarnye aku nak cte, 
tengah2 aku lepak depan pc rilex2 dgr radio tadi lepas balik dari shah alam,
dan2 dj tu putarkan lagu Baik2 Sayang(wali band)..

Start je alunan muzik lagu tu, mood aku terus berubah..
dalam persekitaran aku yang sunyi dan hanya bertemankan bunyi putaran kipas meja..
Lagu tu terus bawak jiwa aku ke tahun 2010..
Ahhh, tenang..
tenang setenang2nya..

aku termenung tepat pada monitor sambil layan setiap alunan irama dan lirik lagu tu..
ye, air mata aku bergenang sikit..
bukan sebab sedih/ape..
bergenang sebab aku sangat2 rindu akan setiap ape yang aku lalui "waktu" itu..
waktu dimane kecemerlangan aku tentang aku..
tanpa sebarang perogol minda..

yes, sangat dan sangat rindu..
andai dapat diputarkan waktu ini ke mase silam dengan sejumlah bayaran, 
akan aku cuba untuk aku pastikan yang aku ingin laluinya sekali lagi..(.-_-.)



Tuesday, September 25, 2012

Adat vs Agama


NAH BACA DULU SAMPAI HABIS. 
JADIKAN IA SEBAGAI PENGAJARAN. 
JANGAN FIKIR LAIN OK.

=============================================
TAJUK : izinkan saya berzina ngan anak pakcik?
=============================================
Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti


Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit


Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.


Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.


Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.


Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!


Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.


Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula


Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan


Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagi tau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 

Tak kan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.


Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.


Bapa G : serius lah sikit.


Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.


Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.


Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.


Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

Saturday, September 22, 2012

Takde Nilai


Merenung jauh.
Melewati putaran kipas siling. 
Kosong.
Bosan.
Tak tahu nak buat ape.
Tidur tak boleh.
Buat nie tak kena.
Buat tu tak kena.
Serba tak kena lah senang citer.
Mungkin sebab tadi aku TERingat kes tempoh hari.
Hmm.
Tapi benda pon dah jadi kan?
Aku lak takde kuasa untuk putarkan waktu.
Tapi satu je yang masih menjadi tanda tanya.
"kenapa selalu plan yang aku rancang mesti tak jadi?"
Sedih.
Aku cuba tok tukar ke plan B walaupon tak penah wujud pon plan B tu sebenarnya.
Tapi tak menjadi jugak.
Aiyoo.
Last2, aku give up.
Masa yang ade memang ngam2 je.
Memang suntok.
Aku tewas.
Semuanya angkara 8000000.
Ah.
Lantak lah.

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan vs Selamat Tinggal kawanku.


Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua..

La ni dah kol 4.04am, so da boleh siap2 untuk keluar b'sahur buat hari pertama puasa dalam tahun 2012.. Tahun nie aku rilex jew, xde sms/buat status kat facebook untuk ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada rakan2 semua.. Sebab da ramai sangat yang wish, so kalau aku wish jugak, rase macam "kebanyakan", hee..

Sekarang ni sebenarnya dah start cuti semester, tapi aku masih dirumah sewa aku kat Shah Alam..
Jangan tanya kenapa, okay?

kamu, saya sunyi..~
awak, semoga selamat sampai..
dan kau, semoga menjadi insan yang terbaik buat insan yang terbaik buat kau..

Khamis, 19/07/2012..
Aku, Rohaina dan Hajar..
Kamiorang hantar seorang sahabat kami iaitu Sharifah Nurnadirah bt. Wan Bagus(ipah, 25, married) ke KLIA buat kali terakhir dye bergelar seorang pelajar di UiTM Shah Alam.. Budak sorang ni merupakan bff aku sepanjang dye kat UiTM nie.. So kalau aku xhantar dye buat kali terakhir ni, memang dye akan touching la kan dgn aku? Manekan tidak, kami pernah bergaduh(xbertegur) sampai 2semester lamanya tau x?Bersamaan setahun.. Agak kelakar bukan? Tapi itu lah hakikat, haha.. Lawak je rase(tersipu sudahhh)..







*maaf pic xcantik, biasa la hp cokia je.. hee..

Tapi, xpe.. Itu lah kenangan kami sebagai sepasang sahabat..  Ipah, walaupun kau dah ke sana, kau jangan lupe yang kau pernah kenal seorang jejaka "senget" ni k? hee.. "kitak" jaga diri elok2.. Jadi isteri yang solehah k? Kalau ade rezeki(zuriat) nanti, jadi lah ibu yang baik(walaupon aku tau kau xsuke budak).. hee.. Sebenarnye aku sedih nak tinggalkan kau dengan Nur(yang  ni budak matrix sekelas yang kami, "kadang2") tym kat airport tu, tapi aku cuba kawal dan sememangnya aku berjaya kawal.. hihi.. Kau kawan terbaik buat aku.. thanx alot pah sudi berkawan..(.^_^.)


Lepas ni kalau datang semenanjung, halo2 la aku k?
Hee.. Nah, ni ade satu lagu aku dedikasikan buat kita. (.^_^.)
Semoga kita berkawan sampai bila-bila..V(^_^)



Tuesday, June 26, 2012

Study week.



Saya penat..
Ye memang saya penat..
Penat dengan permainan dunia..

Dan...

Sunday, June 10, 2012

Ahad, jun 10, 2012


Tak perlu menipu diri sendiri sedangkan kau juga begitu..
Hakikat & realitinya jauh berbeza..
Mungkin ianya kecelaruan kata hati..
Antara nasib dan pilihan..
Aku mengalah kerna ia adalah sebuah "pilihan" jiwa..

Tapi..
Tolong ingatkan aku.

*Aku dah perasan gambar tu, memang betul..(^_^)
Aku rindu saat itu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...