LIHATLAH BINTANG/LIHATLAH BULAN/TATKALA KU SENDIRI/TEMANILAH AKU

Sunday, May 23, 2010

Terima Saja

Tidak Pernah
ku Terfikirkan
Bahawa Kau dan Aku
Ditakdirkan Bercinta

aku Bagaikan Tak Percaya
Bila Kau Melafazkan
Kau Cinta Kepadaku

Terasa Indahnya Perasaan
Sejak Kau Hadir Dalam Hidupku
Setiap Hari Merinduimu
Tanpa Jemu ku Menantikan Mu

Gelora Di Jiwa Membuatku Gelisah
Menanti Saatnya Untuk Bersama
Betapa Sabarnya ku Dibakar Rindu
Yang Menjulang-julang

Rinduku Kasihku Kusimpankan Untukmu
Tidak Sedikit Berubah Hati
Bertapa Setianya Cintaku Kepadamu
Sampai Hujung Nyawa

Kuberdoa Agar Kau Pun Setia
Ya Tuhanku Bahagiakan Kami

Saturday, May 22, 2010

:: Sehari Suntok::

Salam.. Emm, sian kamu, da lame aku xmelawat.. Hee.. Bese la, aku sekarang da 'bekerjaye', so agak suntok mase tok sume nie.. Arap memahami la ye?? Kui2..(^_^)

Tanggal 19/05/2010..
Bangun je aku dari tido, aku da xtau nak wat pe.. Dah 2minggu aku kat shah alam nie, tapi APE JE YANG AKU BUAT?? baring2, makan2, tido2.. 2 je rotate ari2[sungguh m'bosankan].. Sungguh m'bosankan bile hidop cenggini.. Bukan aku xnak mengubahnye, da macam2 keje aku cari kat area2 nie tapi mengecewekan.. Hari nie, dan d PAGI INI aku wat keputusan tok pegi apply keje kat tempat yang aku penah keje sebelom ni.. Kat mane ek?? Hahahaaaa... Tempat yang aku maksudkan tu adelah, Majlis Peperiksaan Malaysia[MPM]..

Dalam kol 11.00am, aku da menyiapkan diri untok ke MPM.. Pagi 2, cuace agak mendung walopon jam d tangan ku da dekat tengah hari.. Sepanjang p'jalanan, ati aku amat2 la nebes.. Mane xnye, aku pelu ngadap muke2 yang penah aku ngadap sebelom nie.. Huh, mesti tym aku masok nanti ade je yang tego..Huu..

Sampai je kat sane, aku g amek pas pelawat kat pondok pengawal then kaki ku terus berjalan menuju ke Tingkat 3 Selatan.. Aku d sapa oleh abang Senol, " Hye, 'name aku', ko mintak sini balik??".. Aku pon, "Hye, bang.. A'a.. Tengah Semester Break.. So cari kje la..Hahahaa.."

Pastu abg. Senol bagi la aku borang pemohonan jawatan untok d isi.. Xlame pastu, exBOSS[En. Khairul a.k.a Pegawai Bhg Pentadbiran] aku lak kua dari bilik dye yang xbape jaoh dari kusi tetamu.. Dye lak sapa aku, "Eh, 'name aku'.. Nak keje sini ke??" Aku pon anggok.."Emm, Kalo camtu esok boleh datang, dalam kol 8.30am tok lapor diri..??"
Aku pon jawab dengan ati yang gembire kerna arahan 2 menunjukkan yang aku da d trime keje d sini walopon borang yang tersemat d tangan aku, belom lagi d isi.. Hee.."Eh, boleh sangat cek Kerol.. Saye pon bukan wat ape pon dok kat uma 2..??"

Dan detik 2, termetrai la 1 temu janji antare aku n cek Kerol esok..
Dan aku terus isi borang yang sedie ade d tangan aku..
Abes je aku isi, aku bagi kat abg. Senol.."K, bang.. Nah?? Esok jumpe lagi.. He.. Saye balik dulu, Bye.."

Huh, saat yang paling aku nebes tadi, da lepas..(^^,)
YESS, aku da b'jaye.. Memang senang mintak keje kalo ade orang dalam.. Tapi dalam kes aku nie, aku xde orang dalam.. Cume aku ni da 3kali kua masok keje kat c2.. So boleh kate dorang da tau care aku kerje n background aku.. Sebab 2 la kot yang memudahkan aku..
Nanti pas grad, nak apply permanent kat sini la, heee.. InsyaAllah..

BERMAKNE, ESOK[20/05/2010] AKU START KEJE.. HAHAHAA..
go go go~~~

Kua je dari MPM aku terus g Giant Gombak tok bayar bil BEROKBAND aku.. Kua je aku dari Giant[bil da settle], cuace memang terik gile n aku wat kputusan tok masok Giant balik.. Agak2 nape aku masok balik?? Hee.. Sebenarnye, aku nak beli eskem..Heheheee.. cuace amat panas + terliur tengok cite semalam[ade babak dorang makan eskem] = aku ngidam.. Aku pon beli la eskem cup n makan.. Emmm, sedap tol kalo makan tym2 ngidam nie.. Lain rase nye nak d bandingkan kalo kite makan saje2 dengan kite makan tym kite ngidam.. Waaahh, best2..(^_^)

Lepas 2 aku pon terus balik shah alam.. Tapi aku sempat singgah kedai GIVI sentul.. Aku beli raincoat.. Masok je aku kat kedai 2, banyak gile design2 yang menarik.. Aku jadi peneng nak pilih yang mane 1.. Hahahaaaa[poyo jek!!] Aku minat yang harge Rm120 tue.. Aku siap da padan kan kat badan aku da[fitting room].. Tapi xde saiz plak.. Hish!! bikin gua panas je der.. Da la cantik yang aku minat 2.. Tapi xpe lah, xde rezeki nak wat camne..?? Then aku try design yang harge Rm90 lak.. Boleh tahan gak design yang nie.. Aku tny saiz M ade x?? promoter[awek, hee..] 2 kate, ade.. Waaahhh, bagus2.. b'koba2 aku.. Hee.. Aku pon beli la dengan harge Rm90.. Terbang duet aku..  huu..

3 missions aku da settle[MPM, bayar bil n beli raincoat] tok arini..
So missions aku da ACCOMPLISHED.. Yeyyyy~ sonok2..(^^,)


p/s: matlamat xkan tercapai tanpe usehe yang gigih!!!(^_^)">

Sunday, May 16, 2010

:::ketika cinta bertasbih:::



Puisi Ketika Cinta Bertasbih oleh Sheikh Jalaluddin al-Rumi

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna

—–

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa

Thursday, May 13, 2010

:::JANGAN:::

Duhai hawa..

Jangan
kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan
kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....

Wednesday, May 12, 2010

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
 
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
 
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
 
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
 
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
 
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kita nanti?"
KeNaPE bAru SeKAraNG AkU JUmpe WAjAH SeMANis KAMU...???

Tukang Gunting

Pada batang pokok
semarak api tua ini
ia tambatkan perahu hidup
di tebing lalu-lalang
di Lumpur sungai manusia

dengan sebilah gunting
sebuah cermin sompek
sebuah sisir rongak
dan bangku kaki tiga
ia ukir nafkah keluarganya

Seperti semarak api
begitulah bersemarak hatinya
seperti bunga semarak api
gugur di tanah
begitulah berbunga denyutnya
terkumpul di darah

Sementara pelanggan tiba
ia duduk di hadapan cermin
menyikat remajanya
dan merapikan tuanya
dengan sisir rongak

Pada batang bongkok
semarak api tua ini
ia tambatkan masa depan
empat orang anak
serta isteri setianya.

T Alias Taib

Kata Hati

Memang sukar untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna..
Seperti keluarga ku sendiri, haru biru..
Kusot otak aku bile dok kat uma nie..
Dengan sifat ayah aku yang sememangnya tak sehaluan[panas baran n kuat bebel] dengan anak2 n mak aku..
Kat mane silapnye pon aku xtau..

Kat mata dye, sumenye xkene orang lain buat..
itu xkene, ini xkene..
Dye je lah yang betol..
Betol sangat ke pemikiran ko 2??
Aku tengok macam orang xbetol jew..
Aku pon xtau sape yang boleh tahan dengan sifatnye yang cenggitu..
Kakak ipar aku pon xtahan, inikan anak2 dye yang da lame dudok skali..
Aduuuhhhh~

Pagi2 da memekak..
Aku tengok family jiran2 aku, time pagi sumenye aman jew, tenang..
Maklum la, pagi merupakan permulaan pada hari  tersebot..
Family aku plak, pagi2 da huru hara..
Malu la dengan jiran2 sikit..
Kalo xmalu sangat pon, hormat la dorg..
xyah la nak menjerit2, memekek2..
Ape gune Allah berikan ko otak n akal??
Dimana sume 2??

Korang sume memang susah nak faham sebab korang xde kat tempat aku..
Tapi ayat yang da biase aku dengar dari mulot kawan2, "Seburok mane pon perangai dye,
dye tetap ayah ko.."
Memang la betol, aku tau sume..
N aku tau kat dunia nie xde sape pon yang perfect..
Tapi kite boleh usaha untuk jadi yang terbaikkan???

Aku sendiri pon berusaha untuk jadi ayah n suami yang terbaik disamping anak2 serta isteri aku..

Nape la family aku xcam family orang lain??
Setiap insan mahukan ketenangan..
So memang xpelek la kalo adik beradik aku memang xsuke dok kat uma nie..
N sebab tu lah, lepas jew PMR dulu aku terus apply asrama[nasib baik dapat] yang jaoh2,pahang..
Boleh kate kat uma aku ni memang xsesuai untuk blajar..
Boleh plak nak belajar kalo keadaan skeliling bising..??
Baru jew nak bukan buku, ade jew keje yang 'dye' suroh buat..
xboleh ke tengok anak2 ko nie nak senang sikit??

Same la time aku baru2 sampai kat uma ari ahad lepas[cuti sem b'mula],
sampai2 je kat uma da sroh aku macam2.. Tension la kalo macam nie..
Budak lain kalo time2 cuti macam nie, memang suka sangat balik uma, dapat release tension la kononnye lepas berhempas pulas memerangi final exam..
Tapi bukan pada aku.. Aku asal boleh xnak balik..
Nape la UiTM nie xmacam UIAM ek?? Cuti sem juz 2 weeks jew, kan best..
Cuti lame2 cmni buat aku serabot jew..
Hmmm...

Tapi jangan risau is, ko kat uma nie sampai ari jumaat jew..
tahan sikit k???
lagi 3 ari jew lagi..

Memang aku da xsabar nak balik shah alam..

Ini kata hati ku, hanya omelan kosong..

Monday, May 10, 2010

::.KERANA KAU YANG BERNAMA WANITA.::

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka


5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


6. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


7. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


8. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


9. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.


10. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.


11. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.


12. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


13. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


14. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


15. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


16. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


18. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


19. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.


20. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


21. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


22. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

::: Selamat Malam Ibu:::

 
Ibu...

Aku lahir tanpa apa-apa,
Engkaulah yang mengajariku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Berharap aku kan jadi orang yang berguna..

Ketika aku menangis dalam takut,
Engkaulah yang menenangkanku..
Dan ketika aku jatuh sakit,
Engkaulah yang selalu berada di sampingku..

Engkau menegurku ketika aku salah,
Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,
Engkau menghiburku ketika aku sedih,
Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka..

Kini aku telah dewasa,
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita,
Berharap kan menjadi orang yang berguna,
Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga..

Terima kasih ibu,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...
Selamat Hari Ibu buat Sabarriah Binti Sarbini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...